November 30, 2011

Kawen? zzzz.

Wah dah lama rasanya tak mengarot dalam blog ni. Tiap2 hari mengarot kat fesbuk je. Nak mengarot kat sini macam best sket sebab tak ramai orang baca blog ni. Heheh. Nak luah perasaan emosi kat sini jap. Hari2 bukak fesbuk ada je member yang kawen. Tu ok la. Tapi yang tak OK bila orang tanya " bila ko nak kawen"? ..... Adoi boleh tensen aku kalo orang selalu tanya soalan ni. Dorang ingat senang agaknye nak kawen. Nak cari jodoh pon bukan boleh tibai semacam je. Huhuh.

Dulu mase lepas SPM, aku ada la kenal sorang mamat ni. Namanya pon aku dah lupa. Haha. Payah beno nak ingat nama orang lagi2 kalo dah lost kontek kan? Mamat ni aku kenal dari akak dia. Akak dia beriya2 nak kenalkan aku dengan adik dia. Sebabnya aku baik. Perghh2!! Aku baik? Oh fikir lagi sekali. Haha. So berkenal lah kami berdua. Tup tup budak tu ajak aku kawen. Dia nak kawen cepat. What?! Mau pengsan gak la aku mase tu. Lagi2 aku nak sambung belajar. Kang tak pasal2 mak aku hempuk aku karang kalo dia tau pasal ni. Haha. Tapi mase tu aku tak cerita pape pon kat parent aku. Takot2 la dorang setuju pulak nak kawenkan aku dengan budak tu.. Hahaha. Lepas tu kitorang break up. Sekarang aku pon tak tahu apa cerita budak tu. Mesti dia dah kawen kan? Kalau dah kawen, tahniahlah! I wish nothing but the best for youuuuuu.. *wah nyanyi kejap. :P

Sekarang ni pon aku amek STPM kali ke 2. Sijil Tunggu Pinangan Malaysia ya. Haha. Oh tapi rasanya aku dah nak abes dah STPM ni sebab kena pi training. Lepas Training terus kena kerja. Rasa sayang pulak nak tinggalkan zaman tanam seteroberi ni. Bila dah kerja masa cuti adalah masa yang paling berharga. Adoi. Tapi takpelah, i hope i can change anything in my life.. not everything ya. Oh english aku hentam je. Sorri kalo salah biarkan je ya. :P

Lagi satu nak kongsi. Sometimes it hurts me so much. But life must go on. I wish i could have you but it seems unfair. Coz you did not share the same feelings Rite?

Ok lah Lepas ni kalau rajin nak update aku update lagi. Nak pergi ke suasana baru. Heheh. Take care uols! :P

November 25, 2011

Arus

Bila arusnya sudah pergi ia takkan kembali dengan arus yang sama. 
Pelbagai bentuk arus yang datang untuk menuju ke destinasi. 
Cabaran yang berbagai dan usaha yang pelbagai. :]

:|

October 20, 2011

October 5, 2011

=.="

Lama tak update belog.
Update sebulan sekali je sekarang ni.
kalau update pon last2 simpan kat draft.
Nak buang sayang, disimpan biarkan sampai berkerak lak.
Just update belog malam ni sebab Rindu.
Rindu suasana dulu.
Kalau ada jodoh kita jumpa lagi kan? 
Oh ayat sangat bermotif. Haha :P







September 19, 2011

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

August 22, 2011

baru belajar

HAHA lawak lah header blog aku ni.
Ok jangan gelak lebih2 kang aku salotep mulut tu kang.
Aku baru belajar guna adobe photoshop.
Buat yang simple camtu pon aku dah pening.
Yang tu header sementara.
Header yang betol2 punye coming soon yaw :p

Nak gelak ke nak nanges tengok header blog ni? haih

August 18, 2011

Merdekaaaaaaaaaa!!

Warghhhhh!! Legaaaaaaaaa bila semua dah lepas.
Tekanan dah hilang.
Rasa macam aku lah orang paling bahagia di abad ini.
Presentation tadi Alhamdulillah ok.
Rasa macam presentation yang enjoy.
Skang ni penyelia LI dan organisasi dah bagi markah.
Rasa dah macam merdeka gilak.
Sebelum ni makan memang tak kenyang.
Bila nak makan je teringat tekanan yang macam2 tu.
Bila semua ni berlalu, selera makan dah bertambah.
Pi bazar tadi banyak aku beli makanan.
Bila hati tenang ni aku nak makan banyak2.
Serius rasa macam merdeka gila.
Nak buat ape pon senang tak diperhatikan lagi.
Lepas ni dah boleh fokus kat lesen kereta moto pulak.
Fokus kat benda lain gak. yeay! :D
Lepas Present je terus kami bergambar. Heheh



Yeay! Merdeka!! 31 Ogos 2011 :p

Kenapa aku rasa puding karamel tak sedap?
Tak kena ngan tekak aku la ni. Heheh