November 2, 2010

Disebalik dugaan Allah, ada hikmah yang terselindung

Assalamualaikum.. sekadar perkongsian ilmu yang aku dapat dari inbox mesej dari fb.
di sebalik dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung.
KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
(Surah Al-Imran ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
(Surah At-Taubah ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari- Nya. Hanya kepada- Nya aku bertawakkal. "
(Surah At-Taubah ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"
*setiap kejadian pasti ada hikmahnya. tapi, hikmah tu perlu dicari. kalau tak cari, putus asa akan menanti. =)

2 comments:

[ sHarpEx ] said...

betul2. setiap perkara ada hikmahnya. mcm smlm. otw nak p ukm, terjumpa 2 org perempuan UPSI nak p ukm. diorang sesat. aku mengoferkan diri utk tunjukkan jalan. soh diorang folo.

tapi dorang punya la slow. aku bawak 60km/j pun diorang xleh catch up aku. highway kot. tapi aku sabar je kan. smpai la ukm.

pastu, tetiba semua urusan aku jadi macam senang je. semua org nak offer tolong aku. Akak2 kat pusat eko ngan dekan yg xberapa nak mesra pun jadi mesra gila babeng. hoho.

itu je la nak kongsi. setiap perkara mesti ada hikmah dia.

huiyo. panjang betol komen aku. lalala

maya.sumaiyah said...

wow! panjang commnet ko. hehe. xpe. perkongsian hikmah yang ko dapat ni bagus.

teruskan melakukan kebaikan. heh~