November 14, 2010

25 random facts about me

tagged lagi! ok, tag ini pula datangnya daripada mr. merepeksematamata atau mohd taufik jusoh atau topex atau ikan buntal atau mutusami. haha. banyak lagi name samaran die ni. tapi aku malas type. haha. jangan marah ye. nanti tak ensem. haha.
tag ni pasal fakta secara random tentang diri kita sendiri. ni tentang aku. sebarang tentangan tidak akan dilayan sama sekali. terima kasih. :P
1. sayangkan umi, abuya, adik beradik dan kawan-kawan
2. suka gile kat kucing. tapi last aku bela kucing mase form 2
3. sayangkan 2 ekor anak kesayangan aku. guinea pig yang diberi nama kikilili
4. hobi aneh aneh
5. bukan pemerhati yang baik
6. fokus pada satu benda dalam satu mase. kalau aku tengah tengok tv, jangan cuba cakap pape ngan aku. nanti korang akan berlawan cakap ngan tv
7. garang
8. tak peramah. peramah pada orang yang dekat ngan aku je. huhu. sebab tu lah ade orang kate aku sombong. huhu. tapi yang lain jangan pulak segan-segan tegur aku yaw. heheh.
9. suka tido
10. sukakan sesuatu yang kreatif
11. pernah dilukai dan melukai
12. degil tapi baik hati. hoho
13. jangan kutuk atau kacau benda yang aku suka. kang aku ketuk korang. heheh
14. senang melupakan kesalahan orang tapi jangan ade orang ingatkan balik. nanti aku akan fikir sampai tension. hoho
15. tak berminat cerita pasal orang lain. kecuali kalau terpaksa untuk dapatkan kepastian.
16. kedekut. kalau nak mintak pape mesti kena bagi sebab dan alasan yang boleh aku terima. kalau boleh nak mintak pape kena bagi proposal atau kertas kerja dulu. haha
17. suka online
18. nyampah dan kesian ngan lelaki yang mata keranjang dan gatal. kesian kat korang yang macam ni. bertambah dose korang. sebab tu aku kesian. huhu
19. agak pemalu. tapi berlagak selamba. heheh
20. suka kumpul key chain. tapi sekarang dah tak buat lagi
21. suka menyanyi. perasan suara sedap. haha
22. suka berangan entah pape. adei
23. tak suka bebel. tapi suka dengar orang bebel. heheh
24. kuat gelak. aku boleh gelak kan korang secara kaw kaw punye. haha
25. sukakan benda yang simple. jangan nak serabutkan otak aku ok. hoho
kena tag orang ke? haiyo. aku tag sape yang bace blog aku ni. :P
*en. merepeksematamata, sila belanja secret recipe, kfc, mcD, pizza hut. haha. ok. aku gurau je. thanks sudi tag aku. blog die ni famous gak. haha

November 7, 2010

balasan untuk nombor yang tak dikenali

Haha.. ok. awal-awal lagi aku dah gelak. ape entah yang kelakar sangatkan. hadoi la. aku nak cerita tentang sms yang kita mesti balas kalau nombor yang tak dikenali kacau. ni idea aku je. baru je try buat semalam. selama ni aku guna ayat baik-baik je tak jalan. aku cube ayat ni je, menjadik pulak. hehe.
semalam ade nombor tak dikenali misscall aku. then aku balas la balik tanye die sape. boleh pulak dok main-main ngan aku.
sebelum tu aku nak kenalkan watak nombor tak dikenali tu sebagai " H" iaitu " Hantu". dan "A" adalah "Aku". selalu nombor tak dikenali kalau aku rajin simpan aku akan letak name dorang sebagai Hantu. haha. padan muke. sape soh tak nak bagitahu name. kan aku dah kasik name tu.
A: Ni sape?
H: Ade la.
A: Nape misscall? Ade ape ye?
H: Hahahahaha.. kelakar siot..
A: Tak kelakar la sengal.
H: Nak ngorat boleh?
*** aku malas layan***
H: Da la garang. sombong lak tu.
A: Matilakau.
Hah! best tak ayat "Matilakau". 1st time kot aku balas kat nombor yang tak dikenali camtu. haha. papehal kalau la orang tu bace blog aku, sori ye. aku terkasar bahasa. tapi nasihat untuk ko, lain kali jangan main-mainkan orang. mane tahu ade yang balas lagi teruk dari tu.
*camne orang tu boleh tahu aku garang? haha..

November 6, 2010

GP lagikk.. heh~

Assalamualaikum. hmm.. da lame rasenye tak update blog. malas menguasai diri sejak akhir-akhir ni. haha. tadi aku pi seksyen 7. biasalah kalau dah ke sana mesti aku gi kedai pet kat situ. hehe.
kat sane ade banyak gak lah guinea pig. aku terpikat kat sekor gp tu. comel. rase nak beli je tadi. harga rm50 sekor. tu harga yang orang kedai tu tawarkan kat aku la. kalau tak, die nak jual rm70. tak silap aku la. huhu.. mahal kot. adei. tapi last-last tak beli pon. kalau korang nak beli, pi la cepat-cepat. kat situ gp laku.. cepat abes.
tujuan ke sana nak carik bekas makanan untuk gp aku. kesian mereka. terpaksa berebut nak masuk dalam bekas makanan. gp aku da besar. mase baru beli dulu, dorang kecik lagi. so, boleh masuk 2 ekor dalam bekas makanan tu. skang ni da besar. nak masuk dua-dua ekor pon da tak muat. Kiki kalau tak dapat masuk dalam bekas makanan tu, die akan start meroyan. lari sane sini. haiyo.. kesian lak aku tengok. huhu
sebagai tuan yang prihatin dan menjaga kebajikan, aku kena pastikan keselesaan untuk mereka. hehe.
tido~
nampak tak ade 2 bekas makanan. kale hijau tu yang baru.
yang ni pun beli gak. penyembur tu aku sembur kat cage KikiLili. biasalah binatang berbulu. ade hama. so, memang kena pastikan cage dorang dalam keadaan bersih dan selamat. kesihatan gp dan tuan nye pon kena utamakan jugak yaw. heheh. lagi satu tu garam untuk dorang. hehe.
garam~
*aku nak usha lagi barang-barang untuk GP. heheh. aku sayang KikiLili! sayang gile-gile sayang. heh~

November 2, 2010

kita lupa bahawa kita berurusan dengan manusia

*Artikel ini adalah hasil dr prkongsian seorg sahabat Bayangkan situasi ini. Tapi boleh jadi ada juga yang pernah mengalaminya. Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya. Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan @ kesilapan. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita. Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat” Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu. Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia. Manusia, bukan malaikat. Sepanjang kita hidup, kita tidak akan bertemu manusia seperti malaikat. Tidak akan. Ianya mustahil. Kita berjumpa ramai orang baik dalam kehidupan tetapi, sebaik-baik mana pun manusia kita jumpa, pasti ada kekurangannya. Yang jika kita mahu, kita boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya. Tetapi kita kena sentiasa mengingatkan diri. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya. Kita yang inigin menilainya juga ada kekurangan. Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah. Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja. Tetapi akal kita sukar untuk rasional. Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia. Manusia, bukan robot Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya. Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran. Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain. Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan. Sebab kita berhubungan dengan manusia. Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW? Tiada. Nanti ada waktu, kita pula kejatuhan Dan perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Percayalah cakap saya, tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja. Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan. Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi. Hari ini, kita berusaha memahaminya. InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita. Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka. Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada. Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka. Jangan. Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan? Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat? Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya. Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia. Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu? Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya. Sebab dia adalah manusia, seperti kita. Semoga kita saling memahami, saling mendalami. Pecahkan tembok keegganan, buka seluas-luasnya tawaran kemaafan.
*banyak lagi benda menarik untuk aku sampaikan. nanti aku kongsi lagi yaw. hehe. petikan dari mesej kat fb. selamat membaca, menghayati dan ambil pengajarannya.

Disebalik dugaan Allah, ada hikmah yang terselindung

Assalamualaikum.. sekadar perkongsian ilmu yang aku dapat dari inbox mesej dari fb.
di sebalik dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung.
KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
(Surah Al-Imran ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
(Surah At-Taubah ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari- Nya. Hanya kepada- Nya aku bertawakkal. "
(Surah At-Taubah ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"
*setiap kejadian pasti ada hikmahnya. tapi, hikmah tu perlu dicari. kalau tak cari, putus asa akan menanti. =)